Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Ianya dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari Bandar Pasir Mas. Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000. Institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ditukar kepada nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan menawarkan program Diploma MARA sepenuhnya mulai sesi Julai 2004. Dengan pengstrukturan baru ini jawatan Pengetua telah dinaiktaraf ke jawatan Pengarah dan jawatan Penolong Pengetua ke jawatan Timbalan Pengarah. Dua jawatan Timbalan Pengarah diwujudkan iaitu Hal Ehwal Akademik & Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar.

Organisasi KKTM Pasir Mas dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar yang terdiri daripada staf khidmat pengurusan dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) yang terdiri daripada pensyarah teknikal, pensyarah bukan teknikal dan Pegawai Unit Peperiksaan. Bahagian Hal Ehwal Akademik merangkumi lima kursus iaitu Kursus Teknologi Elektrik, Kursus Teknologi Elektronik, Kursus Teknologi Senibina, Kursus Teknologi Mekanikal, Kursus Teknologi Bangunan, Jabatan Pengajian Am serta Unit Peperiksaan dan Persijilan.

SENARAI PROGRAM DITAWARKAN

  • Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
  • Diploma Teknologi Elektronik Industri
  • Diploma Teknologi Senibina
  • Diploma TeknologiĀ Mekanikal Rekabentuk
  • Diploma Teknologi Awam Bangunan

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: