Sek. Men. Ugama (A) Arabiah Pasir Mas (SMU(A)PM)

Pelajaran Agama dan Bahasa Arab secara persekolahan telah bermula di bandar Pasir Mas pada tahun 1939. Pengasas dalam pelajaran Agama dan Bahasa Arab ini ialah Al-Fadhil Syed Abd. Qadir Toha Al-Saquof, seorang penjual kitab agama yang terkenal di Kelantan. Syed Abd. Qadir Toha adalah seornag perantau yang berasal dari Singapura dan menjadi guru agama yang terkenal di bandar Pasir Mas. Beliau menggunakan kediamannya yang bertempat di hadapan stesen keretapi Pasir Mas sebagai tempat pertama untuk mengadakan kelas agama dan Bahasa Arab di bandar Pasir Mas. Pada pertama kalinya kelas ini mempunyai pelajar seramai tiga orang sahaja, iaitu Hj. Mohamad b. Hj. Ismail, Allahyarham Che Omar b. Hj. Ahmad dan Che Abdul Rahman b. Hj. Mohamad.

Pada tahun 1940, bilangan pelajar telah bertambah kepada belasan orang. Antara pelajar yang gigih mempelajari Bahasa Arab dan ilmu agama pada waktu itu ialah Hj. Omar b. Hj. Ahmad, Hj. Abdul Rahman b. Hj. Mohamad, Che Zakaria b. Abd. Rahman, Hj. Abdul Hadi b. Hj. Mohd Nor, Hj. Ismail b. Ahmad, Che Mustaffa Tok Uban dan Tn .Hj. Hamid.

Pada tahun 1942, bilangan pelajar bertambah lagi kepada lebih 30 orang. Tempat belajar juga telah dipindahkan ke sebuah rumah berek di Jalan Lemal, Pasir Mas. Pada masa ini Syed Abd. Qadir Toha telah dibantu oleh seorang temannya bernama Syed Abdullah yang juga seornag penjual kitab agama. Kesedaran masyarakat Islam di bandar Pasir Mas terhadap pekajaran agama dan Bahasa Arab lebih meluas, maka minat guru terutamanya Syed Abd. Qadir Toha bertambah kuat lagi. Berikutan daripada itu, Allahyarham Hj. Mohd Daud Al-Ahmadi dengan kerjasama orang ramai dapat mendirikan sebuah bangunan yang lebih besar di atas sebidang tanah kepunyaan Hjh. Che Zainab Hj. Wook, di hilir bandar Pasir Mas. Sekolah ini diberi nama Madrasah Ahmadiah dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Kelantan (MUIK).

Bangunan ini sekarang dijadikan musalla dan tempat mengajar Al-Quran. Bilangan pelajar terus meningkat, ini menyebabkan keadaan berubah dan terpaksa mengadakan sebuah bangunan baru yang lebih besar dan selesa lagi. Hasil kegiatan orang-orang Islam di bandar Pasir Mas pada bulan April 1944, sebuah bangunan separuh batu dua tingkat didirikan di Jalan Masjid Lama, Pasir Mas.

Pertambahan murid setiap tahun bertambah pesat. Oleh itu, pada tahun 1962, persekolahan siadakan dua sesi iaitu sesi pagi terdiri dari kelas yang lebih tinggi manakala sesi petang terdiri dari pelajar- pelajar baru dan kelas-kelas yang lebih rendah. Memandangkan keadaan ini, Ustaz Hj. Hashim Hj. Idris (Guru Besar ketika itu) telah membuat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Pembangunan Negara da Luar Bandar untuk mendapatkan sebuah bangunan baru.

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: